Saturday, 23 August 2014

I am a beginner !!

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..:)

Assalamualaikum wbt..



24 Ogos 2014..jam di dinding telah menunjukkan angka 1.25 a.m..tapi pada pagi ini..kanta penglihatanku masih segar bugar disebabkan keterujaan aku untuk meneroka sesuatu yang baru...Yes I am  a beginner!! Aku bukanlah seorang yang kuno yang tidak tahu apa itu blog!! Sebenarnya pemikiranku telah dijajah oleh 'mr.blog' sejajar dengan peningkatan usiaku..Namun mungkin telah ditakdirkan oleh-Nya untuk aku sama-sama memberi bukan hanya menanti dari orang lain.Erti kata lain sama-sama berkongsi sedikit pengetahuan yang ada.

Aku suka menulis.Tapi aku kurang gemar untuk berkongsi buat tatapan orang lain.Semenjak dari kecil aku mempunyai banyak catatan harianku(my princess diaries) yang aku coretkan di atas kertas.Itu hanya untuk pembacaanku di hari tua hoho...




Ini merupakan entryku yg pertama.Setiap permulaan pasti ada cacat celanya.Aku masih perlu belajar untuk memperbaiki catatanku.Sebenarnya aku bukanlah seorang yang skema pun.Tapi aku cinta sama bahasa.Aku harap aku tidaklah seperti 'hangat-hangat tahi ayam'..sentiasa berusaha untuk menambah ilmu,memperelokkan catatanku agar dapat menjadi teladan buat orang lain. Aku cuba untuk berkongsi secara universal..tidak hanya pada satu cabang..terima kasih buat my unniey yang bersusah payah mengajar aku bagaimana untuk bercinta sama blog!!..hohoho..Ini hanya permulaan."Kamu harus belajar banyak lagi Ueeila Gee"-monolog aku dalam hati..semoga Tuhan memberi aku akal yang lebih kreatif dalam mencoret..walaupun agak merapu,sebagai permulaan harap di maafi ya..Salam perkenalan!!





pengembara kehidupan jannah,
Ueeila Gee

2 comments:

  1. Mcm bce blog indon plak..pnuh dgn puitis..gud luck for blogging..keep fighting....

    ReplyDelete
  2. hahaha...xde la ouitis mne pun ea...thanks a lot unniey..smga me istiqamah..hoho

    ReplyDelete