Saturday, 23 August 2014

Aku adalah aku....!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum wbt..

Pagi ini apa yang aku nak ceritakan ye..seperti tajuk entryku..'AKU ADALAH AKU'..Mungkin ingin mencoretkan serba sedikit tentang siapa aku yang sebenarnya.Pada siapa yang sudah mengenali diri ini,mungkin kita dapat lebih kenal..


Aku masih seorang penuntut di salah sebuah universiti tempatan yang menggunakan tagline' Uitm di hatiku'( bangga jadi family Uitm:) dalam jurusan Occupational therapy dalam erti kata lain Pemulihan Carakerja(nanti kita discuss apala kos kita ye). Segala puji bagi Allah sebab aku masih diberi peluang menghirup udara-Nya selama 21 tahun. Banyak yang aku pelajari, setiap deria rasaku ini telah mematangkan aku dalam setiap aspek.

Aku berasal dari sebuah keluarga yang sederhana tapi bahagia..syukur pada nikmat-Mu.. Alhamdulillah.aku merupakan anak angka 4 kepada Maa dan Abah daripada 6 bersaudara.Abahku(Fauzi bin Saamah) orangnya sederhana,pendidikannya sederhana,kerjayanya sederhana,namun ilmu dan kasih sayangnya sangatlah tinggi.Aku bangga dapat abah yang begitu tidak tahu nak digambarkan bagaimana.Namun, kesyukuran yang tinggi aku panjatkan pada Ilahi.Begitu juga dengan wanita yang membawaku 9 bulan dalam kandungannya.Wanita hebat yang aku gelar Maa( Zahrah bt Ibrahim).Hadirmu  tak kira masa dan ketika.Tuhan,aku panjatkan doa agar mereka sentiasa diberkati ,dipanjangkan usia agar kami dapat berbakti kepada mereka di hari tua.Sejak dari dulu,kami tidaklah dilimpahi dengan serba mewah namun kami dilimpahi dengan penuh kasih sayang.Semoga hubungan ini akan kekal sampai jannah.  

Mengimbau kenangan raya 2011..alhamdulillah semakin bertambah ahli keluarga..

my child fruit:)nur fatma adelia ross,yg adiknya xjumpa plak gambarnya.

Aku berasal dari negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang.Aku bangga jadi anak Pasir Mas,walaupun hakikatnya aku lahir di tempat lain..hoho...Keluarga merupakan keutamaanku.Jangan ditanya mengapa,kerana mereka adalah segala-galanya..Jika diizinkan Tuhan aku ingin membina keluarga seperti ini dan mungkin akan lebih baik lagi..kepada bakal imamku walau dimana anda berada ketika ini aku memohon agar cita dan impianku terlaksana..amin..

Entry kedua mungkin berakhir di sini sebab ini hanya permulaan mungkin di lain masa akan dicoretkan lagi kata-kata yang lebih berilmiah..akhir kalam..



pengembara kehidupan jannah.
Ueeila Gee.

No comments:

Post a Comment