Assalamualaikum w.b.t...
SAY HI to Princess hari ni..hoho...Bila baca tajuk entry hari ni mesti rasa macam ada suatu perasaan yang tak tahu juga macam mana nak digambarkan kot..hehehe..
CHANGING FOR GOOD AIN'T A CRIME!!
P/S: KENA SENGETKAN KEPALA ANDA BILA BACA PART AIN'T TU..HOHO..:-)
mungkin macam ni..cute jgk!! hoho

Sebenar-benarnya aku nak kongsi satu perkongsian berkenaan tajuk entry aku ni.Sebenar-benarnya tajuk dekat atas ini adalah satu tajuk forum yang aku telah ikuti semalam dekat u aku.Nak tahu kenapa ye aku betul2 nak pergi ??
Sebab....sebab....sebab....panelnye salah seorang tu kak DIANA AMIR...
dapat jumpa depan2,cantik sangat2..SubhanaAllah..
Masa dulu2 sebelum beliau berhijab,aku biasa2 je..aku tak berapa minat sangat pd beliau..
Pertama kali aku tengok beliau dalam Impian Ilyana musim 2 yang ada Ashraf Muslim tu .Dah lupa dah tahun berapa tu.Kalau tak silap masa aku dalam sekolah menengah kot.Aku suka tengok drama tu,sebab tak lama pun seingat aku dalam 15 ke 10 minit kot.Sebelum ni aku tengok k.Lydia Ibtisam.Tup2 musim ke 2 digantikan dengan k.Diana ...
Selepas tu,aku pun ada juga mengikuti filem2 beliau..tapi yang aku paling suka dia dalam filem yang dengan Kamal Adli tu.Dah lupa lagi filem apa tu..hehehe...Dalam filem tu,beliau dah berhijab sepenuhnya.Alhamdulillah:-)
Kuasa DIA memang tak dapat dipertikaikan oleh kita manusia yang serba hina ni.Aku mulanya agak terkejut,selepas berita berkaitan dengan k.Irma Hasmie( yg ni pun my inspirer!!) berhijab,aku rasa macam ada satu perasaan sangat2 tersentuh( hati aku tersentuh haha) bila mana orang yang aku suka k.Irma telah berhijab sepenuhnya.Selepas penghijrahan k.Irma,aku baca paper dan tengok seterusnya k.Diana berhijab..Syukur Alhamdulillah...
Kita sebagai hamba yang hina ni memang tak akan tahu apa perancangan terbaik DIA untuk kita .Tapi bilamana ia terjadi,macam tak disangka kan.Siapa tahu taufik hidayah yang hanya daripada DIA akan dianugerahkan untuk insan2 yang terpilih, dan salah seorang daripada insan itu ialah k.Diana Amir.
Berbalik kepada tajuk forum yang aku ikuti semalam,setiap panel bijak mengutarakan pendapat masing2,berkongsi sirah nabi dan ilmu.Secara mudah untuk difahami,tajuknya lebih kepada 'Adakah satu JENAYAH untuk berubah ke arah yang lebih baik??'
Mengikut panel Ustaz Shaiful dari PALAM, hidayah sememangnya milik Allah dan tidak dapat disangkal lagi.Namun,hidayah itu kita perlu cari jangan hanya duduk diam dan berharap.Ibaratnya begini, "adakah kalau kita lapar,kita akan duduk dan berharap yang makanan akan ada depan mata? Jangan bandingkan hidup yang sementara ini seperti di syurga..setiap apa yang kita inginkan,kita perlu usaha betul2 dan seterusnya berdoa pada DIA.Segelintir insan manusia di atas muka bumi ini akan sentiasa cakap,urmmm nak berhijab(contohnya) tapi tak sampai SERU lagi..!!"kata-kata Ustaz semalam.
Bila aku dengar apa yang Ustaz cakap semalam, aku cerna balik dalam akal dan kata.."betul juga kan,selalu je aku dengar orang cakap macam tu..tapi kalau buatnya tiba2 Allah kata kita meninggal hari ini dan masih tidak tutup aurat,adakah boleh tunggu Allah bagi SERU dulu??Sudah semestinya tak kan,sebab janji Allah itu pasti.Bila dah sampai masa kita,tak akan terlewat ataupun terawal walau sesaat.Memang telah diaturkan sejak azali..
Semalam k.Diana juga ada berkongsi tentang cerita disebalik penghijrahannya.Aku tertarik dengan cerita di mana Allah telah merancang penghijrahannya di sebalik kerjaya seninya.Macam-macam cara yang Allah telah bagi,aku pernah terbaca ada yang dapat hidayah melalui mimpi,kehilangan insan tersayang, dan pastinya hidayah melalui ketukan pintu hati dari DIA iaitu 'AKU NAK BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK'.
K.Diana juga berkongsi kadang-kadang betul juga kita rasa macam kita penjenayah apabila kita nak buat sesuatu kebaikan ketika berada dalam kelompok orang-orang yang kurang tahu.Aku juga kadang-kadang pernah mengalami situasi seperti itu.Aku bukan sempurna,aku banyak kelemahan dari dalam dan luar,aku bukan seorang alim apalagi seorang ustazah.Kadang kala ada orang disekeliling aku kata baiklah ustazah bila mana aku berbicara tentang ilmu agama.Ilmu agamaku masih tak cukup dan tak akan pernah cukup jadi gelaran ustazah atau Perempuan Dalam Lindungan Kaabah( macam Hanan pula..hoho) macam dalam novel itu membuatkan kadang kala aku terkecil hati.Hal ini disebabkan aku sangat tidak sempurna,masih banyak yang perlu diperbaiki sebab ilmu aku tak cukup lagi..
Sepanjang forum semalam,Ustaz Shaiful ada bagi ilmu tentang tanda-tanda golongan yang mendapat hidayah.Aku nak share ye..ade 5 semua..
- BENCI MAKSIAT
- KITA TAK TINGGAL SOLAT WAJIB 5X SEHARI
- BANYAK BERDOA DAN BERZIKIR SELEPAS SOLAT
- SELALU MEMBACA AL-QURAN(sekurang-kurangnya 10 ayat sehari)
- TIDAK MENGELUH KETIKA BERADA DALAM KESUSAHAN
Harap2 ada kan tanda-tanda dalam diri kita.Tanya diri masing2 ye..huhu..
Sebagai konklusinya, ustaz pesan apabila nak berubah tanamkan dalam diri nak berubah dan cuba usaha untuk istiqamah.Biar sedikit,asal istiqamah(berterusan).
K.Diana pula pesan sebaik-baik umat,adalah yang memberi manfaat kepada orang lain juga.Aku harap dengan perkongsian aku dapat memberi manfaat buat orang lain juga.Pahala yang berterusan merupakan ilmu yang disampaikan dan dimanfaatkan oleh orang lain.Sama-sama berusaha untuk dapat 'harta' itu.
Ok lah aku stop dulu ye,nanti sambung cerita lain pula..huhu
To my Princess: Nanti kalau ada kesempatan aku nak cerita pula bila satu hari nanti aku dapat jumpe dengan my inspirers yang lain pula...please2!! nak jumpa k.Irma dengan k.Catriona pula...hehehe..dengan izin-Nya..aamiin..:-)
pengembara kehidupan jannah,
Ueeila GEE





.jpg)
